Skip to main content

Guru cabul didakwa cabul tiga murid lelaki


TELUK INTAN -- Seorang guru sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual dan mencabul kehormatan tiga murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Hitam, di sini sejak tujuh tahun lepas.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh Mohamad Shafie Abdul Rani, 51, menghadapi empat pertuduhan amang seksual fizikal ke atas dua murid berusia 11 tahun.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Keempat-empat kesalahan tersebut didakwa dilakukan tertuduh ke atas dua muridnya di tiga lokasi berbeza di dalam SK Ayer Hitam, antara Mei 2018 dan Januari 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca dengan Seksyen 16(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, Mohamad Shafie turut menghadapi tiga pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang murid yang kini berusia 18 tahun, namun dia mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara tahun 2012 dan 2013 melibatkan dua lokasi berbeza di mana dua daripada tiga pertuduhan dilakukan di Bilik Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) SK Ayer Hitam dan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Sungai Buluh, Hutan Melintang.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurul Hafizah Muhd Ariff dan tertuduh diwakili peguamnya. 

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan itu dan kesemua kes disebut akan semula pada 25 April depan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...