Skip to main content

Hasrat nak buat umrah tak kesampaian, ditipu RM41,800


KUANTAN -- Seramai 19 individu mengalami kerugian  berjumlah RM41,800 selepas terdaya dengan tawaran pakej umrah yang tidak wujud yang ditawarkan oleh seorang ejen sebuah syarikat pelancongan pada November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang warga emas wanita berusia 62 tahun,  mangsa dipelawa untuk menunaikan ibadah berkenaan dengan hanya perlu membayar sebanyak RM2,200 sahaja.

“Mangsa dimaklumkan separuh lagi kos pakej berjumlah RM5,000 itu akan ditanggung oleh seorang lelaki yang bergelar 'datuk’ dan tertarik dengan tawaran itu, warga emas berkenaan telah memasukkan sebanyak RM2,200 di dalam akaun agensi pelancongan berkenaan pada 27 Nov tahun lalu.

"Seorang wanita yang merupakan ejen syarikat pelancongan itu kemudian memaklumkan mereka yang terlibat dijangka akan menunaikan umrah pada 1 Dis tahun lalu, namun pada pertengahan bulan Disember, mereka telah dimaklumkan bawa tarikh berkenaan telah ditunda pada 20 Dis pula.

"Wang akan dipulangkan dalam tempoh tiga minggu jika mangsa ingin menarik diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Wazir berkata, bagaimanapun sehingga hari ini, mangsa belum mendapat wang yang dijanjikan dan hanya diserahkan dokumen perjalanan pada pertengahan Januari lalu.

Mangsa kemudianya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan setakat ini polis telah menerima sembilan laporan polis atas perkara yang sama melibatkan 19 mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...