Skip to main content

Hormati undang-undang dalam kebebasan bersuara


KUALA LUMPUR -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara di negara ini perlu dipraktikkan dalam lingkungan undang-undang dan norma kehidupan bermasyarakat.

Seri Paduka bertitah, penggunaan media terutama media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh mengancam nilai-nilai murni yang berlandaskan agama dan prinsip moral masyarakat.

Perkara ini, titah Seri Paduka, perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

"Agensi-agensi penguatkuasa hendaklah bertindak tegas terhadap sebarang sebaran media sosial yang melanggar undang-undang," titah Sultan Abdullah ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Yang turut berangkat ke istiadat pembukaan itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Dalam titah diraja itu, Seri Paduka menekankan pentingnya usaha mengukuhkan semangat perpaduan terus disuburkan dan seruan ke arah perpaduan tidak tinggal sebagai slogan semata-mata.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara, titah Sultan Abdullah.

Ketua Negara itu seterusnya menggesa semua pihak menjunjung keluruhan perlembagaan terutama yang menyentuh sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, serta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Titah Seri Paduka, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu difahami sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara tanpa mengira bangsa dan agama.

"Islam bukan sekadar sebuah agama yang eksklusif untuk kumpulan tertentu malah ia cara hidup yang universal dan membawa rahmat buat sekalian alam," titah Sultan Abdullah.

Seri Paduka melahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam mempromosi nilai dan budaya Islam berdasarkan ajaran Islam sebenar yang mampu menjurus kepada Malaysia menjadi model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar.

"Dalam memperkukuh ajaran Islam di negara ini, agama lain perlu dihormati demi keharmonian dan  kesejahteraan hidup kita semua," titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah menggesa anggota Parlimen agar terus memelihara, melindungi dan mempertahan ketinggian Perlembagaan Persekutuan tanpa kompromi selain menyematkan kepentingan rakyat di hati mereka.

Menyentuh soal kegiatan jenayah yang cenderung untuk meningkat, Seri Paduka berharap tahap keselamatan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi apa jua ancaman terus diperkukuh dengan lebih berkesan.

Sultan Abdullah turut menyokong dasar luar negara yang terus memperjuang nasib golongan ditindas di seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...