Skip to main content

Jawatan Nazri tidak sah, Tengku Adnan kekal


KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sehingga beliau meletak jawatan atau digugurkan, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan.

Mohamad berkata setiap pelantikan jawatan dalam barisan kepimpinan tertinggi BN perlu mengikut perlembagaan dan mendapat konsensus Majlis Tertinggi parti.

"Tengku Adnan tidak pernah letak jawatan dan tidak pernah dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN berkaitan pelantikan setiausaha agung yang baharu (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz).

"Pelantikan Mohamed Nazri tidak diperakui dan tidak dibawa ke (Dewan Tertinggi) BN… dalam BN ia (pelantikan) mesti dibawa ke mesyuarat, mesti dicadang dan disokong," katanya kepada kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato Onn.

 Pada Isnin, MCA dan MIC dalam kenyataan bersama membuat ketetapan bahawa pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN adalah tidak mengikut perlembagaan parti gabungan itu.

Pelantikan Anggota Parlimen Padang Rengas itu diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada  perasmian Perhimpunan Agung MIC,  27 Okt lalu.

Rabu lepas, Mohamed Nazri mengesahkan tidak akan menghadiri mesyuarat hari ini bagi memastikan kepimpinan dua parti komponen BN itu hadir dan membincangkan mengenai isu pembubaran BN serta pelantikannya.

Beliau turut menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya itu namun bersedia 'ditendang' daripada jawatan berkenaan sekiranya mesyuarat memutuskan untuk menolak pelantikannya.

Sementara itu, Mohamed Nazri ketika mengulas perkara tersebut berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Dewan Tertinggi BN berhubung kedudukannya.

Katanya keputusan itu juga membolehkan beliau lebih bebas  bersuara. 

"Saya tiada masalah dengan keputusan ini dan saya juga selesa mengenai perkara ini, sebab bila jadi 'sec-gen' (setiausaha agung), kita nak cakap apa-apa kena fikir terlebih dahulu, jadi susahlah untuk bersuara.

"Sekarang ini saya mahu maintain (kekalkan) kebebasan saya untuk bersuara demi kebaikan semua pihak dan fokus pada agenda politik saya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...