Skip to main content

Kami rugi, hentikan monopoli Bernas


ALOR SETAR -- Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) menggesa kerajaan supaya lebih prihatin terhadap operasi mereka yang kini semakin tenat, di samping terpaksa berdepan dengan pelbagai kemelut akibat monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam sektor itu.
Yang Dipertua PPBMM, Mohamad Termizi Yop berkata daripada 203 kilang beras sebelum ini, hanya tinggal 15 sahaja yang masih beroperasi di Perak, Kedah dan Perlis.
Beliau berkata pengilang beras Melayu yang masih beroperasi kini bagaimana pun berhadapan pelbagai isu antaranya dibelenggu hutang dengan pihak bank dan Bernas, selain turut berhadapan dengan tindakan mahkamah oleh Bernas kerana gagal melunaskan hutang mereka.
“Jualan beras kilang swasta kepada Bernas adalah sebanyak RM2,000 satu tan, sedangkan kos yang ditanggung kilang adalah RM2,080 satu tan, kami menanggung kerugian serta terpaksa berhutang untuk terus beroperasi.
"Keadaan pengilang beras semakin parah berikutan isu monopoli Bernas ini… kami cadangkan agar sebuah jawatankuasa khas yang berkecuali ditubuhkan bagi memastikan kelangsungan operasi kilang beras ini,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Mohamad Termizi berkata kerajaan juga perlu menyiasat secara telus dan terperinci perkara berkaitan isu monopoli Bernas yang dilihat menindas pengilang swasta yang lain.
Beliau berkata program khusus juga perlu diwujudkan bagi membantu serta menghidupkan semula pengilang beras bumiputera demi kelangsungan operasi mereka untuk jangka masa panjang.
Pada 22 Jan lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata kerajaan tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan berkenaan monopoli Bernas memandangkan kontrak Bernas dengan kerajaan hanya akan tamat pada 2021.
Beliau berkata Kabinet telah bersetuju untuk memecahkan monopoli Bernas dan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan terdiri daripada lapan kementerian sedang berusaha merencanakan model baharu menggantikan Bernas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...