Skip to main content

Kastam rampas dadah bernilai RM5 juta


KOTA KINABALU -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 100 kilogram syabu bernilai kira-kira RM5 juta dan menahan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Penampang, 21 Feb lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan oleh sepasukan anggota Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu kira-kira pukul 2.15 petang.

“Ketika ditangkap lelaki berkenaan sedang berdiri di luar sebuah premis bersama beberapa kotak  mengandungi plastik yang berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Hasil siasatan mendapati dadah berkenaan akan disorokkan di dalam botol ‘protein’ yang kemudiannya  diposkan di Kota Kinabalu ke satu lokasi yang belum dikenal pasti dengan menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya.

Beliau berkata rampasan berkenaan adalah yang terbesar oleh Kastam Sabah sejak tiga tahun lepas.

“Kini kita sedang membuat siasatan lanjut mengenai kes berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Abdul Latif berkata pihaknya telah menahan seorang wanita berumur lingkungan 20-an bersama 5 kilogram syabu di balai ketibaan domestik Lapangan Terbang Kota Kinabalu 1 Mac lepas.

“Hasil pemeriksaan bagasi suspek berkenaan yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mendapati mengandungi plastik berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu seberat lima kilogram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kastam turut menahan seorang lelaki berumur 40-an kerana memiliki 4,900 pil disyaki pil ekstasi dianggarkan bernilai RM122,500 di Pejabat Pos Sandakan, 27 Feb lepas.

“Lelaki berkenaan ditahan ketika membuat tuntutan bungkusan pil ekstasi yang sebelum itu telah didapati dadah melalui hasil imbasan pihak kastam di pejabat pos berkenaan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...