Skip to main content

Kecoh, Noh Omar berdegil enggan keluar


KUALA LUMPUR -- Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila  Anggota Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar tidak mengendahkan arahan keluar dari persidangan dewan yang diputuskan  Timbalan Yang Dipetua Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Timbalan Yang Dipetua Dewan Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan majlis mesyuarat  ketika itu telah membacakan sekali lagi arahan tersebut selepas melihat Noh masih berada di dalam dewan, namun Noh bangun dan mempersoalkan hukuman tersebut.  

Nga mengarahkan Noh keluar dari persidangan dewan itu selama tiga hari bermula hari ini di bawah Perkara 43 dan 44 Peraturan Mesyuarat berikutan tingkah laku Noh yang melemparkan tuduhan terhadap institusi Speaker serta mendakwanya tidak layak memegang jawatan itu pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. 

Beberapa Anggota Parlimen daripada  Barisan Nasional termasuk Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau)  mempertahankan tindakan Noh dengan memberi contoh kejadian yang sama berlaku apabila Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang enggan keluar apabila diarahkan pada sesi Parlimen ketika pemerintahan BN dahulu. 

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pula bangun dengan menyebut Perkara 99 Peraturan Mesyuarat yang mengatakan Noh perlu akur kerana keputusan speaker adalah muktamad.

Noh bagaimanapun tetap berada di dalam dewan sehingga memaksa Mohd Rashid  mengarahkan bentara menjalankan tugas membawanya keluar.

Bagaimanapun  Noh masih tetap berdegil dan  Mohd Rashid kemudian meminta semua anggota Parlimen supaya bertenang dan menghormati dewan dan  membenarkan Noh untuk terus berada di dalam dewan sehingga tamat sesi pagi.

Keadaan itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen PH termasuk Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), Chang Lih Kang (Tanjong Malim) dan RSN Rayer (Jelutong) membantah sebelum timbalan speaker itu mengumumkan persidangan sesi pagi ditangguhkan.

Ketika kekecohan itu berlangsung, Dewan Rakyat menerima kunjungan Speaker Parlimen Singapura Tan Chuan Jin serta delegasinya.  

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...