Skip to main content

Kelindan teresak-esak dihukum penjara enam tahun


PETALING JAYA -- Seorang kelindan lori menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara enam tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak seorang pekerja sebuah stesen minyak menggunakan parang, bulan lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Irwan Mohd Nazli, 27, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan merompak  menggunakan parang sebagai senjata ke atas pekerja Caltex, Uweltho Barahin, 24 dan merampas wang tunai berjumlah RM2,500 milik stesen minyak itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkap pada 8 Feb lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang bersenjatakan parang telah meluru masuk ke dalam kedai serbaneka stesen minyak tersebut dan meminta semua wang yang ada berjumlah RM2,500 sambil mengacukan parang kepada mangsa yang berada di kaunter juruwang.

Mangsa yang takut hanya mengikut  kata-kata tertuduh yang seterusnya beredar selepas mengambil semua wang itu sebelum melaporkan kejadian kepada pengurus stesen minyak tersebut.

Kejadian itu telah dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan mangsa telah mengecam tertuduh melalui kawad cam yang dijalankan pihak polis.

Kesalahan itu dilakukan di stesen minyak Caltex, Jalan Selangor, Seksyen 4, di sini, pada 10.20 malam, 6 Feb lalu mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat  sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

"Mangsa dalam kes ini turut menerima tekanan  kerana diacukan parang ketika kejadian selain tindakan tertuduh yang menggerunkan menyebabkan mangsa trauma sehingga sekarang," katanya yang  turut memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam kerana perbuatan itu dilakukan di tempat terbuka.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan anak yatim selain telah insaf.

Turut hadir di mahkamah ialah ahli keluarga serta rakan Muhammad Irwan yang menenangkannya di dalam kandang tertuduh selepas selesai prosiding. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...