Skip to main content

Kematian adik Mohamad Thaqif tiada unsur jenayah


JOHOR BAHRU -- Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, pada 26 April 2017, adalah disebabkan komplikasi berkait kencing tikus.

Hakim Jailani Abd Rahman yang bersidang sebagai koroner pada keputusan inkues kematian Mohamad Thaqif Amin turut memutuskan tiada sesiapa bertanggungan secara jenayah terhadap kematian pelajar tersebut.

Jailani membuat keputusan itu selepas menimbang keterangan 18 saksi dan 63 eksibit yang dikemukakan sepanjang inkues berlangsung mulai 10 April tahun lepas sehingga 29 Jan lepas.

Dalam alasan penghakimannya di hadapan Pengarah Pendakwaan negeri Johor, Roslan Mat Nor dan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin, Jailani berkata mahkamah memutuskan keputusan berdasarkan keterangan saksi inkues ke-11, iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Mohamad Aznool Haidy Ahsorori.

"Saya telah meneliti semua keterangan yang diketengahkan di hadapan saya dan saya berpuas hati bahawa kematian Mohamad Thaqif Amin adalah disebabkan oleh Acute Infectious Purpura Fulminans complicating Leptospirosis iaitu penyakit komplikasi berkait dengan kencing tikus.

“Dan tiada sesiapa bertanggungan secara jenayah, sama ada dengan perbuatan atau peninggalan terhadap kematian beliau (Mohd Thaqif Amin). Verdict (keputusan) saya adalah seperti berikut, kematiannya adalah sebagai nahas atau misadventure,” kata Jailani ketika membacakan alasan penghakiman berkenaan pada prosiding keputusan inkues terhadap kematian pelajar tersebut.

Jailani berkata mahkamah berpendapat dan berpandangan keterangan Dr Mohamad Aznool adalah wajar.

Tambahan pula, keterangan melalui saksi lain iaitu ibu, bapa dan bapa saudara Mohamad Thaqif Amin mengatakan pelajar tersebut ada pergi ke sebuah kolam mandi di Jalan Mawai di Kota Tinggi, bersama beberapa sepupunya, namun, kesemua saksi gagal mengenal pasti tarikh sebenar ke kolam itu sama ada pada 22 atau 23 Mac 2017.

Mengenai adakah sesiapa bertanggungjawab secara jenayah berkenaan kematian Mohamad Thaqif Amin, beliau berkata mahkamah sudah meneliti kematiannya bukan disebabkan oleh sesiapa tetapi disebabkan oleh komplikasi penyakit yang dihadapi.

“Bukan sahaja Mohamad Thaqif Amin dikenakan hukuman (di madrasah) tetapi juga pelajar lain. Hukuman itu ditapak kaki dan tiada keterangan yang menunjukkan terdapat kesan-kesan lain di bahagian badan dan anggota lain.

"Ibunya juga menyatakan ketika mendaftar keluar anaknya (Mohamad Thaqif Amin), dia tidak nampak apa-apa kesan pukulan lebam pada bahagian kaki. Mahkamah juga sudah mengenal pasti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikemukakan di mahkamah dan mendapati hukuman dilihat minima (minimum) dan tidak fatal apatah lagi menyebabkan kematian," katanya.

Mohamad Thaqif Amin dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), pada 19 April 2017 selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April 2017, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum dia meninggal dunia pada 2.05 petang, 26 April 2017, selepas lapan hari dirawat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...