Skip to main content

Kenyataan Tun M disalahtafsir, MAB tidak akan ditutup


KUALA LUMPUR -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Sambil menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu itu telah disalahtafsirkan, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menutup Malaysia Airlines dan syor berkenaan sebaliknya hanya sekadar pilihan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri.

"Tun Dr Mahathir hanya sekadar menyebut beberapa pilihan mengenai Malaysia Airlines yang dikemukakan (kepada beliau). Beliau bukannya menyebut untuk menutup Malaysia Airlines,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan  Dana Pembiayaan Pembangunan Mapan Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

Sehubungan itu, Lim berharap penjelasan itu dapat memberi jaminan kepada para pekerja syarikat penerbangan negara itu mengenai masa depan mereka.

Pada Selasa, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan MAB.

"Saya rasa ia merupakan keputusan yang amat serius untuk menutup syarikat penerbangan negara itu. Kita akan mengkaji situasi itu sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula. Ini semua pilihan dan terserah kepada kerajaan untuk putuskannya,” kata Dr Mahathir.

MAB yang diswastakan di bawah Khazanah National Bhd (Khazanah), mengalami kerugian lebih rendah pada tahun lepas disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan anak kapal pada separuh kedua 2018.

Khazanah yang juga syarikat pelaburan strategik kerajaan, telah menyuntik dana sebanyak RM6 bilion ke dalam MAB bagi membantu syarikat penerbangan itu kembali meraih keuntungan selepas terjejas akibat faktor termasuk penyusutan nilai ringgit dan kenaikan harga bahan api pesawat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...