Skip to main content

Kerajaan belum bercadang laksana perintah berkurung untuk remaja


KUALA LUMPUR -- Kerajaan berpendapat larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata keadaan itu disebabkan beberapa faktor termasuk ketiadaan ibu bapa di rumah untuk memantau anak mereka kerana melaksanakan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung kos sara hidup.

“Terdapat juga keperluan untuk kanak-kanak berada di luar rumah pada waktu malam seperti kelas tuisyen, aktiviti sukan dan agama di surau.

“Terdapat juga kanak-kanak yang bekerja bagi membantu menyara keluarga daripada segi sosio ekonomi seperti yang dibenarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke atas kerana pendidikan sekunder kita juga belum diwajibkan,” katanya Di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu keputusan kerajaan berhubung cadangan perintah berkurung kepada remaja di bawah umur 18 tahun seperti yang dinyatakan awal tahun ini. 

Dr Wan Azizah bagaimanapun berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan larangan itu secara rintis di kawasan berisiko tinggi (hotspot), selain mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak mereka berada di kawasan selamat pada setiap waktu tanpa melepaskan tanggugjawab itu kepada kerajaan.

Kementerian juga, katanya, sedang bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengenal pasti profesional terlatih dalam bidang sukan, kerja amal, drama, tarian dan seni mempertahankan diri untuk memimpin program bagi remaja selepas waktu sekolah atau ketika musim cuti sekolah.

“Sebenarnya remaja tidak tahu aktiviti apa nak isi pada masa lapang, jadi kalau ada kita sediakan alternatif aktiviti untuk mengisi masa, mereka akan ada aktiviti sihat untuk dilakukan dan menjauhi perkara negatif seperti dadah,” katanya.

Katanya sebuah projek rintis yang diusahakan kementerian untuk menyediakan perkhidmatan sosial seperti tuisyen percuma kepada kumpulan sasar di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak juga menunjukkan sambutan menggalakkan dalam usaha menyediakan ruang sosial yang selamat kepada kanak-kanak. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...