Skip to main content

Ketua balai polis, bomba mengaku tidak bersalah terima rasuah


SHAH ALAM -- Seorang ketua balai polis dan seorang anggota bomba hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah masing-masing berjumlah RM1,000 daripada pengusaha rumah urut, tiga tahun lepas.

Mohd Alfian Mohd Zainal, 34, ketua balai polis berpangkat Inspektor di Balai Polis Kajang didakwa atas dua pertuduhan manakala Shah Kamil Ghani, 35, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah didakwa tiga pertuduhan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan Mohd Alfian, dia didakwa menerima bagi dirinya wang tunai masing-masing sebanyak RM500 daripada Wong Chee Keong, tanpa sebarang balasan yang mana dia mengetahui bahawa pemberian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai ketua balai polis untuk mengawal selia setiap operasi penguatkuasaan balai berkenaan.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Balai Polis Kajang, kira-kira pukul 10.53 malam pada 27 Sept 2016 dan 11.27 malam, 25 Okt 2016.

Bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan, Mohd Alfian didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama Shah Kamil pula, dia didakwa kerana bersetuju untuk menerima suapan wang tunai RM1,000 daripada Wong bagi membantunya mendapatkan surat permohonan sokongan lesen perniagaan syarikat JJ Harmony Spa daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, Shah Kamil didakwa menerima suapan wang tunai masing-masing berjumlah RM500 daripada individu sama untuk tujuan yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan pertama dan kedua di BBP Pandan Indah, dekat sini kira-kira pukul 12.05 tengah hari, 30 Mac 2016 manakala kesalahan ketiga di JJ Harmony Spa, Taman Anggerik Perdana, Semenyih sekitar pukul 4.10 petang, 1 April 2016.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu dan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM Micheal Joimin mencadangkan mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin terhadap Mohd Alfian dan Shah Kamil selain mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam yang mewakili Mohd Alfian, Muhammad Hidhir Mustapa memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM1,000 bagi setiap pertuduhan kerana anak guamnya yang juga bapa kepada empat anak itu hanya memperoleh pendapatan RM3,500 sebulan serta menanggung ibu yang sedang sakit.

Sementara itu, peguam mewakili Shah Kamil, Siti Nadiah Skh Saad juga memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah memandangkan nilai suapan yang diterima anak guamnya adalah kecil.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Mohd Alfian dengan seorang penjamin tanpa sebarang syarat tambahan dan sebutan semula kes pada 30 April depan.

Rofiah turut menetapkan jaminan sebanyak RM21,000 bagi kesemua pertuduhan terhadap Shah Kamil dengan seorang penjamin selain dia perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan kes akan disebut semula pada 29 April depan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...