Skip to main content

Kunaseegaran janji lantik peguam, bayar yuran guaman


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais diberitahu bahawa tertuduh pertama iaitu Pakar Patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran berjanji untuk melantik peguam dan membayar yuran guaman bagi kesemua tertuduh dalam kes itu kerana merasa bersalah mengheret tertuduh lain ke dalam penjara, atas kesalahannya.

A. A. Murugan 48, seorang mekanik yang merupakan bekas tertuduh dalam kes itu berkata Dr Kunaseegaran memberitahu perkara itu ketika kesemua mereka berada dalam tahanan reman.

“Ya, dia ada bagi tahu,” katanya ketika ditanya peguam V. Rajehgopal, adakah saksi itu bersetuju bahawa Dr Kunaseegaran mahu melantik peguam kepada semua tertuduh dan menanggung yuran guaman kerana doktor tentera itu merasa bersalah apabila tertuduh lain ditahan atas kesalahannya.

Murugan menjawab demikian ketika pemeriksaan balas Rajehgopal yang mewakili empat tertuduh iaitu R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath dan S. Nimalan pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, hari ini.

Saksi itu merupakan tertuduh kelapan yang telah bebas setelah menjalani hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan membantu menghilangkan nombor chasis dan menghapuskan kenderaan Kevin Morais mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Murugan didakwa atas pertuduhan membunuh Kevin Morais namun dia ditawarkan pertuduhan alternative membantu menghilangkan nombor chasis kenderaan Kevin Morais dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Ketika pemeriksaan balas peguam A. Sheelan yang mewakili tertuduh S. Ravi Chandaran, Murugan berkata kesemua tertuduh bersetuju untuk menerima tawaran Dr Kunaseegaran untuk melantik peguam kerana mereka tidak berkemampuan dan mempunyai masalah kewangan.

Bagaimanapun saksi itu bersetuju dengan cadangan Sheelan bahawa tidak lama selepas itu Dr Kunaseegaran memberitahu dia tidak akan membayar yuran guaman sebagaimana yang dijanjikan kerana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memantaunya.

Murugan turut bersetuju bahawa selepas Dr Kunaseegaran memberitahu demikian, dia yang ketika itu diwakili seorang peguam yang merupakan saudaranya telah memberitahu Ravi Chandaran atau lebih dikenalinya sebagai Selvam yang dia mahu mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif kerana dia tidak mempunyai pilihan lain (untuk membayar peguam).

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin apakah alasan sebenar yang menyebabkan Dr Kunaseegaran mahu melantik peguam dan membayar yuran guaman kepada semua tertuduh itu, Murugan berkata dia tidak tahu.

Dinishwaran, 27, Thinesh Kumar, 26, Vishwanath; 29, Nimalan, 26, Ravi Chandaran, ‪48, dan Dr‬ Kunaseegaran, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 


Pada prosiding hari ini Dr Kunaseegaran diwakili peguam Jay Moy Wei Jiun. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...