Skip to main content

Lapan pegawai penjara ditahan terima suapan RM120,000


GEORGE TOWN -- Lapan pegawai penjara dan seorang pemandu kenderaan wanita warga asing direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM120,000.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah George Town Muna Maria Azmi bermula hari ini hingga Isnin depan selepas membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

Kesemua individu berkenaan yang disiasat mengikut  Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dibawa ke bilik reman di sini pada pukul 10.35 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM.

Semalam, kesemua pegawai penjara yang berusia antara 25 dan 44 tahun itu ditahan SPRM  di sekitar Pulau Pinang , Kedah dan Pahang antara pukul 9.45 pagi dan 10.30 pagi kerana dipercayai menerima wang suapan itu daripada  pemandu kereta sapu warga Indonesia itu yang berusia 45 tahun.

Pemandu tersebut dikatakan memberi wang suapan itu sebagai balasan supaya pegawai penjara tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa masuk barangan terlarang ke dalam penjara.

Sementara itu dalam kes berasingan, Muna Maria turut mengeluarkan perintah reman tiga hari terhadap dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang pengaturcara komputer warga Ireland yang ditemukan mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, dipercayai dibunuh di sebuah unit kondominium di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, dua hari lepas.

Dalam kejadian pada Isnin itu mayat Brian Patrick O' Reilly, 51, ditemui oleh pihak pengurusan kondominium dalam sebuah bilik di rumah berkenaan pada kira-kira 5 petang .

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...