Skip to main content

Majlis Tindakan Negeri tidak akan dianggotai ahli politik, wakil parti


KOTA BHARU -- Majlis Tindakan Negeri (MTNg) kini tidak lagi dianggotai ahli politik atau wakil parti tertentu,  sebaliknya diganti dengan pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia adalah arahan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar struktur keanggotaan MTNg diubah.

"Ya kini tidak ada lagi lantikan politik dalam MTNg dan buat pertama kali struktur majlis ini dirombak dengan melibatkan pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya selepas majlis Kenduri Rakyat di Masjid Mukim Melor.

Turut hadir timbalannya Dr Radzi Md Jidin yang sebelum itu kedua-duanya menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Mohamed Azmin kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Kelantan yang berakhir hari ini dan semalam telah mempengerusikan mesyuarat pertamanya sebagai pengerusi MTNg Kelantan.

Mengulas perkara itu lagi beliau berkata Perdana Menteri berpendapat jika pegawai kerajaan itu tidak dilibatkan dalam majlis berkenaan ia dikhuatiri setiap program terutama melibatkan soal pembangunan akan menghadapi masalah.

"Sebab itu penglibatan pegawai kerajaan ini sangat perlu untuk kita lihat segala perancangan yang diatur akan berkesan sehingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu Mohamed Azmin berharap pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi pakej 2A yang menghubungkan Kadok-Ketereh akan dapat diguna sementara pada sambutan hari raya Aidilfitri nanti bagi mengurangkan kesesakan trafik.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada kontraktor kerana kita tidak mahu prosesnya dilakukan secara tergesa-gesa dan mengetepikan kualiti kerja," katanya.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya akan memantau pelaksanaan lebuh raya itu bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual dengan memastikan kualiti pembinaannya terbaik untuk pengguna.

Katanya pembinaan lebuh raya itu bagi pakej berkenaan kini berjalan lancar dan kerja-kerja terakhir sedang rancak berjalan.

Bagi pakej 2B yang menghubungkan Ketereh-Kok Lanas pula kini dalam proses pelaksanaan, katanya.

Mengulas pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya semalam, Mohamed Azmin berpuas hati dengan pertemuan itu yang memperjelaskan pentingnya hubungan kerjasama antara negeri dan Persekutuan.

"Menteri Besar Kelantan pun bersetuju dengan perkara itu kerana kita mahukan segala program pembangunan yang dilakukan untuk Kelantan akan berjalan lancar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...