Skip to main content

Malaysia-Singapura perlukan tiga hingga empat jambatan


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dan Singapura memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan untuk memudahkan aliran trafik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata berbanding Pulau Pinang yang kini merancang untuk membina jambatan ketiga mereka ke tanah besar dalam bentuk terowong, aliran trafik di Singapura jauh lebih besar.

"Walaupun Pulau Pinang yang kurang penduduknya daripada  Singapura pada mulanya menolak jambatan pertama, tetapi kemudiannya kita membina jambatan lain dan sekarang kita mahukan satu lagi terowong dan itu (hanya) Pulau Pinang dan tanah besar.

"Trafik Singapura jauh lebih besar daripada Pulau Pinang, kita hanya mempunyai satu jejambat dan jambatan, kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan," katanya semasa sesi soal jawab di Invest Malaysia 2019, di sini.

Perdana Menteri berkata republik itu bagaimanapun tidak mahu lagi jambatan untuk alasan tertentu yang beliau  sendiri tidak faham.

Mengenai perjanjian air, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa kedua-dua negara tidak akan berperang.

"Kami orang baik...kami akan cuba berunding seperti orang beradab," katanya.

Mengenai perkara  berasingan, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya  bahawa Laut China Selatan yang dipertikaikan harus tetap terbuka untuk semua kapal bahkan kapal perang untuk belayar melaluinya.

Beliau menegaskan bahawa kebebasan itu bagaimanapun tidak sepatutnya membenarkan mana-mana  kapal perang untuk berlabuh secara tetap di mana-mana bahagian perairan itu  kerana ia akan menimbulkan provokatif kepada negara-negara sekitar.

"Itu bukan apa yang kita mahu lihat di Laut China Selatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...