Skip to main content

MAS akan dibeli pelabur luar negara?


KUALA LUMPU -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan ada pihak dari dalam dan luar negara berminat untuk membeli syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih perlu mengkaji sebelum membuat keputusan yang akan menentukan masa depan syarikat penerbangan itu.

"Ada pihak-pihak tertentu yang ingin membeli MAS (MAB) jadi kita tidak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu jual ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata ini kerana syarikat itu tetap mengalami kerugian sekalipun telah mengambil pengurus luar. 

Ditanya mengenai saranan bekas pemimpin syarikat itu yang mahukan MAB kekal bawah kerajaan, Dr Mahathir berkata perkara tersebut turut akan ditimbang.

"Saya sayang MAS, saya mahu MAS  ini dijadikan satu syarikat penerbangan nasional tetapi nampak seolah-olah kita tidak mampu,” katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan terdahulu yang menyuntik RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja nyata gagal memberikan keuntungan kepada syarikat selain menyebabkan banyak pesawat tidak digunakan sepenuhnya.

Menurutnya selepas pemberhentian pekerja, syarikat itu “tidak terbang seperti dahulu”, bermakna pengurangan pekerja tidak membawa sebarang perbezaan.

“Kalau kita kurang pekerja tetapi kita maintain status yang lama barulah ada saving (penjimatan),” katanya. 

Pada 5 Mac, Khazanah Nasional, sayap pelaburan kerajaan, dilaporkan mengalami rosot nilai RM7.3 bilion tahun lepas dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh MAB.

Khazanah merupakan satu-satunya pemegang saham MAB setelah mengambil alih syarikat penerbangan itu pada 2014 dan ia telah menyuntik dana RM6 billion untuk membaiki prestasi syarikat namun usaha tersebut gagal.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai opsyen sebelum membuat keputusan mengenai masa depan Malaysia Airlines sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...