Skip to main content

Masih selamba selepas didakwa hina Agong dalam FB


KUALA LUMPUR -- Seorang pekebun dan seorang pekerja khidmat pelanggan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing atas satu pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, di laman sosial Facebook.

Sharil Mohd Sarif, 36, dan T.R Thurkai Devi, 32, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang kedua-duanya kelihatan bersahaja, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Shamsudin Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Sharil didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook “Sharil Chain”, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik, berserta sekeping gambar senarai Yang di-Pertuan Agong, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pada 11.30 pagi, 13 Mac lepas.

Thurkai Devi pula didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook “Thurkai Devi Tangga Raja”, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pautan itu dibaca di laman profil Facebook “Belenggu Fatamorgana” di Pejabat Bahagian Perundangan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Tingkat 14, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dang Wangi, di sini pada 11.17 pagi, 4 Jun 2018.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal dan Mohd Sophian Zakaria tidak menawarkan wang jaminan terhadap Sharil dan Thurkai Devi dengan alasan kedua-dua mereka telah melakukan kesalahan serius kerana melakukan penghinaan terhadap pemimpin tertinggi negara.

“Perbuatan OKS Sharil ini boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Saban hari ada sahaja di media sosial penghinaan yang dibuat terhadap Institusi Diraja, Yang di-Pertuan Agong, nabi dan agama, jika jaminan yang rendah diberikan dikhuatiri akan menyampaikan mesej yang salah kepada masyarakat bahawa penghinaan yang teruk bukanlah satu kesalahan serius,” katanya.

Bagi Thurkai Devi, Mohd Sophian berkata apa yang dilakukan wanita itu adalah serius apabila dia telah menghina Yang di-Pertuan Agong, iaitu ketua negara dengan perkataan-perkataan yang sangat menghina, meletakkan Yang di-Pertuan Agong seolah-olah individu yang tiada kedudukan dalam negara.

Peguam M. Dinesh yang mewakili Sharil dan Thurkai Devi secara pro bono (tanpa bayaran atau sukarela) memohon kedua-dua OKS diberikan jaminan dengan alasan mereka belum lagi didapati bersalah dan memberi kerjasama yang baik semasa siasatan pihak polis.

Mahkamah membenarkan kedua-dua OKS diikat jamin masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran kediaman setiap bulan dan menetapkan 8 April untuk sebutan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...