Skip to main content

MB Perak kata tidak akan letak jawatan


IPOH -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak akan melepaskan jawatan beliau walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan dan tekanan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu yang juga dikenali dengan panggilan Peja berkata beliau akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai sebagai menteri besar sebaik mungkin. 

"Ini tanggungjawab saya, semasa angkat sumpah (jawatan) apa yang saya cakap adalah dari hati saya. I am not throwing in the towel. (Saya belum mahu berhenti lagi)

"Kalau esok saya dijatuhkan, saya masih OK. Saya masih Peja (panggilan mesra) yang sama, serve rakyat (berkhidmat kepada rakyat) dengan cara tersendiri, masih ADUN Chenderiang dan Anggota Parlimen Tambun," katanya. 

Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas program Townhall Maqasid 'Maqasid Shariah Based Governance' peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Selain itu, Ahmad Faizal menegaskan hubungannya dengan 10 lagi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masih ibarat sebuah keluarga besar yang bahagia di sebalik pelbagai desas-desus wujudnya konflik. 

Menteri besar Perak itu turut mengakui terdapat kalangan Exco yang membelakangkan serta tidak merujuk beliau sebelum membuat sesuatu kenyataan.

"Masih ada kalangan (Exco) yang tidak faham bahawa saya adalah menteri besar, kadang-kadang kenyataan dibuat tanpa merujuk kepada saya dan ini menampakkan kami tidak kerja sebagai pasukan yang mantap," katanya. 

Dikenali sebagai seorang yang santai dan positif, Ahmad Faizal bagaimanapun berkata perkara tersebut boleh diperbaiki kerana sebagai manusia tiada sesiapa yang sempurna. 

Ditanya jika beliau akan membuat rombakan Exco, Ahmad Faizal tidak menolak kemungkinan perkara itu dalam usaha memantapkan pentadbiran kerajaan negeri. 

Mengenai desakan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak agar kerajaan negeri menukarkan seorang Exco daripada parti itu kerana didapati kurang menunjukkan prestasi, Ahmad Faizal berkata cadangan tersebut sepatutnya dibawa kepada pucuk pimpinan parti. 

"Sama seperti untuk memilih calon Exco (sebelum ini), nama yang dipertimbangkan untuk dapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kena datang daripada pucuk pimpinan, bukan daripada negeri. Tapi saya akan dengar cadangan semua pihak," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...