Skip to main content

Mualaf dijel tujuh tahun, denda RM10,000 hina Nabi


KUALA LUMPUR -- Seorang penganggur dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memuat naik kenyataan hinaan itu di laman Facebooknya, Februari lalu.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, seorang mualaf, setelah tertuduh mengekalkan pengakuan bersalahnya hari ini yang ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Dalam penghakimannya, Hasbullah berkata perbuatan tertuduh yang  membuat penghinaan menyentuh agama khususnya agama Islam adalah serius dan mencabar Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan Persekutuan mengatakan agama Islam adalah agama persekutuan, perbuatan kamu benar-benar mencabar Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. Kamu bertuah kerana dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang hanya memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun,” kata hakim itu.

Mohamad Yazid Kong yang memakai baju-T kelabu dan seluar jeans kelihatan tenang dan mengangguk perlahan.

Terdahulu sebelum prosiding bermula, isteri Mohamad Yazid Kong serta anak lelakinya berusia dua tahun hadir ke mahkamah dan wanita itu menangis dengan kuat sambil berkata, “Kau fikirlah anak kau, macam mana mahu makan sehari-hari,” katanya kepada tertuduh sebelum ditenangkan peguam.

Mahkamah turut memerintahkan Mohamad Yazid Kong dipenjara dua bulan lagi jika gagal membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Muhamad Asyraf Md Kamal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda yang berat ke atas tertuduh yang telah memuat naik kenyataan yang mengundang kemarahan umat Islam seluruh negara.

“Tidak akan ada seorang pun daripada kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita yang boleh terima sebarang perbuatan penghinaan ke atas agama.

“Sekiranya dibiarkan berterusan ia boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini seterusnya mengancam keselamatan negara,” katanya.

Ketika rayuan, peguam Muhammad Syafiq Salleh yang mewakili Mohamad Yazid Kong memberitahu anak guamnya memohon maaf kepada mahkamah dan seluruh umat Islam di negara ini atas perbuatannya dan merayu hanya dikenakan hukuman penjara paling minimum mengambil kira tertuduh adalah pesalah kali pertama dan telah mengaku bersalah ketika kali pertama dituduh.

"Anak guam saya memeluk Islam semasa ingin berkahwin dengan isteri pertama sebelum ini dan mereka telah bercerai. Setelah memeluk Islam, dia tidak mempunyai apa-apa panduan atau sokongan berkenaan ajaran Islam.

“Dia mempunyai lima anak, empat dengan isteri pertama seorang wanita Melayu dan seorang dengan isteri baharu iaitu wanita warga Indonesia,” katanya.

Jumaat lepas, Mohamad Yazid Kong mengaku bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi Facebook dengan profil nama 'Yazid Kong', pada 8.21 malam, 24 Feb 2019.

Hantaran itu kemudian dibaca oleh seorang pengguna Facebook lain, laman profil 'Mohamad Syafiq' di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, pada 12 tengah hari, 1 Mac lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mengikut fakta kes tertuduh telah memuat naik kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di laman Facebooknya yang diakses melalui telefon bimbit.

Keterangan menunjukkan bahawa tertuduh sememangnya sedar dan tahu bahawa hantaran (kenyataan hinaan) yang dibuat tersebut adalah jelik dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...