Skip to main content

Nilai Ringgit merosot kepada 4.1500 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR -- Ringgit dijangka akan melemah kepada paras 4.1500 berbanding dolar US menjelang hujung tahun ini memandangkan mata wang tempatan itu agak sensitif kepada pertumbuhan ekonomi China, kata seorang penganalisis.

“Bagaimanapun, pengukuhan eksport Malaysia dijangka meminimumkan kelemahan ringgit kerana kita adalah satu-satunya negara yang tidak banyak terdedah kepada tekanan eksport. 

"Negara ini juga mendapat manfaat daripada lencongan perdagangan berikutan krisis perdagangan Amerika Syarikat-China," kata Pengarah Bank of America Merrill Lynch, Rohit Garg pada perbincangan panel semasa Pameran dan Persidangan Unjuran Harga Minyak Sawit dan Laurik 2019 (POC 2019).

Malahan, ini dapat dibuktikan melalui eksport elektrik dan elektronik Malaysia yang telah berprestasi mantap.

"Bagi Malaysia, keadaan telah berubah menjadi lebih baik berbanding dengan apa yang saya ramalkan. Saya tidak menjangkakan ringgit akan menjadi terlalu lemah," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Bersekutu Macquarie Commodities Trading (Shanghai) Co Ltd, Ryan Chen berkata ringgit berkemungkinan akan didagangkan antara 4.06 dan 4.10 berbanding dolar US menjelang akhir tahun dengan harga minyak mentah Brent diunjurkan berada pada sekitar US$65 setong.

Seorang lagi penganalisis berkata kekuatan dolar US bakal menyusut pada separuh kedua 2019 dengan jangkaan Rizab Persekutuan akan menunda kenaikan kadar faedah dan ini akan membantu pasaran mata wang negara membangun termasuk ringgit untuk kembali mengukuh.

POC 2019 yang berlangsung selama tiga hari, bertemakan, “Uruskan Ketidaktentuan, Tuai Peluang-peluang Global”, dianjurkan oleh Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD), ia dihadiri oleh pakar-pakar industri tempatan dan antarabangsa yang terkemuka yang akan berkongsi analisis dan penilaian mereka mengenai pembangunan serta cabaran-cabaran yang memberi kesan kepada prospek harga minyak sawit dan laurik pada tahun ini.

BMD mengendalikan penanda aras dunia bagi kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...