Skip to main content

Noh Omar diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung


KUALA LUMPUR -- Anggota Parlimen Tanjung Karang dari Barisan Nasional (BN) Tan Sri Noh Omar diarah keluar dari Dewan Rakyat selama tiga hari bermula hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata arahan yang dikeluarkan di bawah Perkara 43 dan 44 Peraturan Mesyuarat berikutan tingkah laku Noh yang melemparkan tuduhan terhadap institusi Speaker serta mendakwanya tidak layak memegang jawatan itu pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. 

“Sebagai Speaker tugas saya bukan sahaja mempengerusikan dewan ini dengan adil, saksama dan amanah. Tanggungjawab sebagai Speaker menghendaki saya menjaga, membela imej dan kewibawaan institusi Parlimen.  

“Berdasarkan sikap Tanjung Karang yang tidak senonoh dan sengaja melakukan perbuatan menghina majlis mesyuarat atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi, dengan tohmahan yang dilempar menuduh pengerusi mesyuarat tidak layak memegang jawatan adalah perbuatan menghina majlis mesyuarat atau 'an open insult to the chair'… saya dengan ini memerintah Tanjung Karang keluar dari majlis mesyuarat selama tiga hari,” katanya. 

Beliau membuat keputusan itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Nga turut menyarankan Anggota Parlimen Tanjung Karang serta anggota Parlimen yang lain mengambil iktibar serta tidak mengulangi kelakuan tersebut dan menjaga tertib dalam majlis mesyuarat. 

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said kemudian bangun dan memohon supaya arahan itu dibacakan ketika Noh berada di Dewan Rakyat bagi memberi peluang Anggota Parlimen Tanjung Karang itu membela diri. 

Ismail mencadangkan sekiranya Noh enggan memohon maaf atas kenyataan itu, barulah arahan yang dikeluarkan Nga dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, cadangan Ismail yang turut disokong Anggota Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan itu ditolak Nga yang menegaskan menjadi tanggungjawab semua anggota Parlimen untuk berada di dalam dewan ketika persidangan. 

Setelah beberapa kali meminta Nga mempertimbangkan cadangan beliau, Ismail kemudian bangun memohon keluar dari sidang dewan ketika Nga mempengerusikan persidangan yang kemudian diikuti anggota Parlimen pembangkang yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...