Skip to main content

Panas melampau, empat daerah di Kelantan dalam bahaya


KOTA BHARU -- Empat jajahan di Kelantan -- Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah -- mencatat bacaan suhu panas peringkat berjaga-jaga, iaitu sekitar 35 hingga 37 darjah Celsius bermula semalam, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Zakaria.

"Daripada pemantauan yang dilakukan semalam, jajahan Kuala Krai mencatat bacaan suhu sekitar 37 darjah Celsius, sekali gus menjadi  jajahan paling panas di Kelantan setakat ini manakala tiga lagi jajahan iaitu Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah, melebihi 35 darjah Celsius," katanya.

Rabiah berkata bulan Mac merupakan penghujung Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi tempoh yang lebih panjang menyebabkan cuaca panas dan kering.

Katanya, lazimnya cuaca panas akan mula berkurangan apabila berlaku peralihan monsun pada bulan April sebelum memasuki Monsun Barat Daya bermula Mei.

Bagaimanapun, katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, Jabatan Meteorologi akan terus membuat pemantauan bagi mengesan suhu semasa di negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata orang awam dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar selain mengambil air yang mencukupi bagi mengelak sebarang masalah kesihatan.

Selain itu, katanya, aktiviti pembakaran secara terbuka juga perlu dihentikan dalam tempoh cuaca panas ini.

Kelantan mengalami cuaca panas sejak beberapa minggu lepas walaupun masih berada dalam musim Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir hujung bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...