Skip to main content

Pegawai kanan polis didakwa minta wang suapan RM1.5 juta


SHAH ALAM -- Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini kerana meminta wang suapan berjumlah RM1.5 juta bagi menyelesaikan kes pengedaran dadah dua tahun lepas.

Tertuduh ASP Gan Chee Liang, 36, dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Gan didakwa meminta rasuah sebanyak RM1.5 juta dari Victor Goh, 38, untuk diri sendiri sebagai seorang pegawai awam iaitu Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes melibatkan Victor yang disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 Gan dituduh melakukan kesalahan itu pada 10 Mac 2017 di sebuah bilik di Lokap Berpusat Polis Shah Alam pada pukul 11 pagi.

Gan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang lima ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa SPRM, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar mencadangkan wang jaminan RM100,000 dengan dua penjamin. 

Peguam Chong Kak Sen yang mewakili tertuduh memohon agar wang ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 berikutan anak guamnya telah diikat jamin sebanyak RM80,000 bagi semua empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas kes yang sama. 

"Siasatan kes telah dijalankan sejak 2017 dan anak guam saya tidak pernah gagal melaporkan diri ke pejabat SPRM, saya percaya wang ikat jamin termasuk jaminan tambahan dikenakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah mencukupi," katanya. 

Hakim Rozilah kemudiannya menetapkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 29 April depan.

Semalam Gan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.35 juta.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...