Skip to main content

Pelancong Filipina mengaku tidak bersalah jalan bogel


KUALA LUMPUR -- Seorang pelancong lelaki warga Filipina yang berbogel sambil berjalan, yang videonya tular baru-baru ini, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kent Caburnay Acuin, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memanjat sebuah kereta dalam keadaan berbogel dengan niat mengganggu kesantunan orang awam di Jalan Sultan Ismail di sini pukul 10.40 pagi, 13 Mac lepas.

 Pertuduhan mengikut  Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya B. Rajdeep Singh tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh, yang tidak diwakili  peguam, kerana dia  warganegara asing selain tidak mempunyai penjamin rakyat Malaysia.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes.

Semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah  di Mahkamah Majistret berlainan di sini kerana berkelakuan tidak sopan dan menggganggu ketenteraman awam dengan memanjat kereta sama dalam keadaan berbogel di tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 14  Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda maksimum RM100. 

Tertuduh hadir ke mahkamah hari ini dengan memakai T-shirt kelabu, berseluar paras lutut dan berkepala botak.

Media sebelum ini melaporkan video tertuduh yang tidak berpakaian dan berjalan di tengah jalan raya sekitar Jalan Imbi serta berdiri di bumbung sebuah kereta tular di laman sosial.

Tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...