Skip to main content

Pembantu tadbir buat tuntutan palsu RM209,233 didakwa


KUANTAN -- Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 32 tuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan rawatan perubatan kesuburan bernilai RM209,233, sejak tahun 2014. 

Pengakuan Mazuin Zulkifli, 33, yang berasal dari Taman Impianku di Jalan Sungai Lembing di sini, direkodkan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 10 Okt 2014 hingga 25 Okt 2017 dengan mengemukakan Borang Perubatan 1/90 beserta resit-resit rawatan yang berjumlah antara RM3,243 hingga RM9,000 di Pusat Kesuburan Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini.

Wanita bertubuh kecil itu didakwa melakukan kesalahan itu semasa dia berkhidmat di Jabatan Perhutanan Pahang dan Jabatan Pertanian Pahang, memandangkan dia ditukarkan ke jabatan itu pada tahun 2017. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai kesalahan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh dengan syarat tambahan tertuduh melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan. 

Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar bagaimanapun merayu supaya jumlah jaminan itu dikurangkan memandangkan anak guamnya hanya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,500. 

"Tertuduh hanya dimaklumkan tarikh ke mahkamah pada dua hari lalu, dan dalam tempoh masa yang singkat itu, anak guam saya hanya mampu mengumpulkan wang sebanyak RM15,000 untuk jaminan. 

"Kakak tertuduh bersedia untuk menjadi penjamin. Malah sepanjang siasatan, tertuduh sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri," katanya. 

Mohd Ghazali membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap awal bulan. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...