Skip to main content

Pencemaran sisa kimia terburuk, lebih 500 dirawat


JOHOR BAHRU -- Sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup hari ini ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, di sini, Khamis lalu.

Seramai 166 orang kini dirawat di HSI.

Kes pencemaran toksik yang masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan jumlah kes baharu meningkat apabila pelajar dan murid beberapa lagi sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kerana mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Berikutan penutupan sekolah tersebut, Kementerian Pendidikan berkata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah terlibat boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu esok di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selepas jam 10 pagi atau menyemak keputusan melalui mySMS 15888.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya menggerakan enam pasukan klinik kesihatan; dua ambulans dan dua pasukan dari HSI; dua ambulans dan dua pasukan Hospital Sultanah Aminah; serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan untuk menangani pesakit yang terjejas dalam kejadian itu. 

Selain itu, klinik bergerak juga ditempatkan di Taman Mawar dan Taman pasir Putih untuk memberikan rawatan awal kepada pesakit terlibat.

Dr Dzulkefly turut mengingatkan orang  ramai terutama yang tinggal di kawasan Pasir Gudang supaya melakukan pencegahan dengan mengelak daripada berada di kawasan kejadian serta memakai topeng muka jenis R95.

“Kita dapati antara beberapa faktor pencemaran kimia itu tersebar dengan kelajuan angin dan arah angin, dalam radius  lima kilometer pun boleh kena bahan bahaya toksik ini,” katanya.

Keadaan itu menyebakan kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta  sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, pada sidang media selepas hampir tiga jam mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat ini keadaan terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan itu.

Beliau meminta orang ramai tidak panik, jangan membuat spekulasi dan berhenti menyebarkan maklumat tidak betul yang boleh mendatangkan perasaan cemas kepada umum, sebaliknya sentiasa mengikuti maklumat yang betul daripada pihak berkuasa.

F​​okus utama sekarang ialah kerja-kerja pengawalan pencemaran dan mengurus serta merawat pesakit yang terkesan dengan pencemaran ini, katanya.

Tiga kontraktor dijangka menyelesaikan operasi pembersihan sungai yang terjejas sepanjang 1.5 kilometer dalam masa kurang seminggu.

Kejadian itu turut menyaksikan tiga orang termasuk dua pemilik kilang ditahan dan seorang daripadanya dijangka didakwa di mahkamah esok.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun melengkap kertas siasatan dan tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...