Skip to main content

Penjara 17 tahun sebab memandu mabuk dan akibatkan empat mati


TAWAU -- Seorang eksekutif pengurusan, dihukum penjara 17 tahun dan denda RM39,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan empat mati dan seorang cedera parah di Jalan Chong Thien Vun dekat sini, pada Julai tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Olivia Chong Oi Yun, 35 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, Awang Kerisnada berkata hukuman itu mewakili kepentingan awam serta denyut nadi keluarga mangsa yang kehilangan anak serta suami akibat kemalangan tersebut.

"Tertuduh merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana perbuataannya minum alkohol sehingga mabuk menyebabkan kemalangan berlaku pada jam 1.20 pagi, yang mana ketika itu tidak banyak kereta di jalan raya dan dalam kes ini ada lima mangsa, dengan empat terbunuh seorang cedera parah.

"Tiga daripada empat yang maut itu mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi mati di hospital, manakala mangsa kelima yang dahulunya nya aktif bersukan mendapat kecederaan parah, kini menjadi seorang orang kurang upaya... masa depan serta keseronokan hidup mangsa dirampas tertuduh selepas dilanggar," katanya.

Bagi pertuduhan pertama mengakibatkan kematian, Olivia yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini dihukum penjara 10 tahun dan denda RM20,000, serta pertuduhan kedua menyebabkan kecederaan parah pada mangsa, hukumannya penjara tujuh tahun serta denda RM19,000.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan berasingan bermula dari tarikh jatuh hukum, menjadikan tertuduh perlu dipenjara selama 17 tahun, manakala jika tertuduh gagal membayar denda, boleh dipenjara sehingga setahun.

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Abdul Ghani Zelika memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman munasabah kerana anak guamnya insaf selain memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang kes berlangsung.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Muhammad Fitri Wan Azizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira beberapa faktor merangkumi keseriusan kesalahan dilakukan sehingga menyebabkan kematian dan cedera parah serta tertuduh memandu dalam keadaan mabuk serta laju.

Di samping itu hukuman  perlu mengambil kira kesan kemalangan terhadap waris mangsa dan  Tawau merekodkan kemalangan maut tertinggi di Sabah sejak 2017, serta hukuman itu perlu sebagai mesej dan pengajaran kepada orang awam.

Sepanjang kes dibicarakan mulai Julai lalu seramai 17 saksi pendakwaan serta dua saksi pembelaan dipanggil, selain Hakim Awang Kerisnada turut meninjau lokasi kemalangan.

Mengikut pertuduhan pertama, Olivia didapati mempunyai banyak alkohol dalam badan sehingga tahap alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan dan menyebab kematian kepada empat individu Hiew Nyuk Wei, 30, Clawence Wong Vun Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16 serta Chung Vui Chan, 21.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati mempunyai banyak alkohol dalam badan sehingga tahap alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan dan menyebab kecederaan parah kepada Chin Guan Xiong, 21.

Dalam kejadian awal pagi 8 Julai lalu, empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri dirempuh sebuah Toyota Vios di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu wanita terbabit turut melanggar sebuah van Toyota Hiace serta dua kereta, PERODUA Bezza dan Myvi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...