Skip to main content

Pensyarah, kontraktor mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu


ALOR SETAR -- Seorang kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan seorang kontraktor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 39 pertuduhan membuat tuntutan palsu serta salah guna kuasa antara 2013 hingga 2015.

Tertuduh Prof Madya Dr Hartini Ahmad, 49, dan Nazrul Idham Abu Nasir, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Juraidah Abbas selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan kepada mereka.

Mengikut kesemua pertuduhan berkenaan, kedua-dua tertuduh yang saling mengenali itu didakwa terlibat dalam penyelewengan Dana Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) UUM antara 2013 hingga 2015 yang ketika itu Hartini bertugas sebagai Pengarah di Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) di universiti berkenaan.

Hartini menghadapi 33 pertuduhan membuat tuntutan palsu serta salah guna kuasa membabitkan jumlah RM1.48 juta, manakala Nazrul Idham berhadapan enam pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM492,000.

Sehubungan itu, pensyarah berkenaan dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(2) akta sama serta Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Nazrul Idham pula didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Mengikut Seksyen 24(2) akta tersebut, Hartini dan Nazrul Idham berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Hukuman bawah Seksyen 23 akta itu pula memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi sekiranya tertuduh didapati bersalah.

Mahkamah membenarkan Hartini diikat jamin RM65,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu dan RM25,000 untuk Nazrul Idham dengan seorang penjamin bagi enam pertuduhan berkenaan.

Juraidah menetapkan 29 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kedah Tan Sew Ping manakala Hartini dan Nazrul Idham masing-masing diwakili Peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Peguam Evawani Farisyta Mohammad.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...