Skip to main content

Penyeludup terperangkap sanggup rempuh polis


TUMPAT -- Seorang penyeludup bertindak agresif merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) polis secara mengundurkan kereta Proton Wira yang dipandunya ketika dia hendak ditahan polis dalam satu kejadian Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ab Rashid Mat Daud berkata kejadian berlaku di Kampung Kuala Jambu, di sini pada 9.45 malam, Isnin lepas.

Penyeludup itu bertindak demikian selepas keretanya tersesat di jalan mati setelah terbabas akibat dikejar MPV polis itu sejauh 5km dari Wakaf Zin di sini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Beliau berkata kejadian berawal dari sepasukan anggota MPV yang membuat rondaan di Wakaf Zin dekat Cabang Empat, Tumpat, terserempak dengan sebuah Proton Wira yang mencurigakan.

"Anggota MPV mengarahkan pemandunya berhenti, namun (kereta itu) terus dipecut laju dan memasuki lorong ke arah Kuala Jambu.

"Kenderaan itu kemudiannya terbabas sebaik tiba di jalan mati dan pemandu bertindak agresif dengan mengundurkan keretanya sebelum melanggar MPV anggota," kata beliau.

 Selepas merempuh kenderaan polis itu, penyeludup, yang dipercayai lelaki tempatan, meloloskan diri dalam kegelapan malam.

Ab Rashid berkata daripada pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemui 330 karton rokok keretek jenama ''Gudang Garam" dengan anggaran nilai RM29,000, yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Bahagian Narkotik IPD Tumpat juga berjaya merampas sejumlah kodein bernilai RM2,080 selepas menahan dua suspek hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Rokma, di sini, pada 6.30 petang hari yang sama (Isnin).

Katanya kedua-dua suspek, yang berusia 20-an hingga 30-an itu, juga positif dadah metamfetamin.

Mereka kini direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...