Skip to main content

Perjalanan hadiri majlis akad nikah adik berakhir tragedi


RAUB -- Jurutera Muhammad Faezuan Nor Izuddin sepatutnya menghadiri majlis akad nikah adik perempuannya di Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan hari ini.   

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila dia bersama empat anggota keluarganya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Jeram Besu di sini, awal pagi tadi. 

Menurut nenek saudaranya, Nurul Aini Haron, 51, arwah juga mahu bertemu dengan anak sulungnya Mariam Medina selepas majlis itu kerana isterinya Nor Asilah Arrahim, 28, berpantang di Kok Lanas, Ketereh selepas bersalin kira-kira sebulan lebih yang lalu. 

"Kami sepatutnya berkumpul di rumah keluarga arwah hari ini kerana majlis akad nikah akan disusuli kenduri esok. Kami ingatkan mereka tidak sempat menghadiri akad nikah dan hanya tiba esok. 

"Saya hanya tahu mereka sudah dalam perjalanan apabila menerima panggilan telefon daripada polis mengenai kejadian pada pukul 4.30 pagi tadi," katanya kepada pemberita semasa ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Raub di sini.

Dalam kejadian 3.45 pagi tadi, Muhammad Faezuan, 27, dan nenek saudaranya Sobariah Haron, 54, suaminya Mohd Sajury Abdullah, 63, dan anak pasangan itu Uwais AlQurney Abdullah, 6, serta anak saudara Sobariah, Nur Ilham Najwa Rahimi, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Kereta Proton Persona yang dipandu Mohd Sajury dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan bas ekspres yang membawa 45 penumpang  di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini, yang menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terseret ke bahu kiri jalan. 

Bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke ibu negara itu kemudiannya merempuh dua lot kedai makan di tepi jalan manakala kereta dinaiki mangsa terhumban ke dalam parit. Bagaimanapun, hanya seorang penumpang bas yang cedera ringan.


Nurul Aini menambah beliau juga tidak mengetahui Sobariah yang menetap di Taman Rasha di Klang, Selangor bergerak pulang awal pagi kerana kakaknya tidak memaklumkan perkara itu dalam perbualan mereka dalam grup WhatsApp keluarga semalam. 

"Saya berkongsi berita saya terpilih untuk menunaikan haji tahun ini dan arwah mengucapkan tahniah. Arwah beritahu dia seronok bagi pihak saya... tak sangka perbualan yang gembira semalam berakhir dengan tragedi kehilangan lima anggota keluarga sekali gus," katanya. 

Nurul Aini menambah anak sulung arwah, Amirul Khairul, 20, yang menuntut dalam jurusan syariah di Universiti Al Azhar, Mesir kini dalam perjalanan pulang selepas dimaklumkan berita kehilangan semua anggota keluarganya. 

Jenazah tiga beranak dan Nur Ilham Najwa yang merupakan penuntut semester dua jurusan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) di Bangi, Selangor akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mak Mayung, Bachok hari ini. 

Jenazah Muhammad Faezuan akan dikebumikan di Kampung Jelawat. 

Sementara itu, emak Nur Ilham Najwa, Ramzainiah Haron, 48, berkata anak sulung daripada enam beradik itu kini sedang bercuti semester selama tiga bulan, namun tidak menyangka anaknya pulang dengan menumpang kereta kakaknya. 

"Kali terakhir kami berbual menerusi panggilan telefon pada Selasa lalu... dia ada beritahu hendak pulang tapi tidak maklumkan secara terperinci. Dia juga biasa dengan arwah kakak (Sobariah) yang dipanggil mak andak kerana arwah cucu sulung perempuan dalam keluarga kami. 

"Kali terakhir kami berjumpa ialah pada bulan Disember lalu apabila arwah pulang ke kampung dengan menaiki bas. Semasa itu, arwah memang ceria bercerita hendak pulang cuti panjang nanti," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...