Skip to main content

Permohonan wanita Vietnam dilepas daripada tuduhan membunuh ditolak


SHAH ALAM --  Jabatan Peguam Negara  (AGC) menolak representasi wanita warga Vietnam untuk menggugurkan pertuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu keputusan jabatan itu semasa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin hari ini.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan Thi Huong, 30, berkata pihaknya amat kecewa dengan keputusan berkenaan. 

"Terdapat diskriminasi yang sangat jelas terhadap anak guam saya  kerana dalam kes ini, mahkamah telah memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh… mereka berdua mengemukakan pembelaan yang sama di mahkamah.

"Kedua-dua tertuduh menyatakan menerusi peguam masing-masing bahawa mereka sedang melakukan rakaman video aksi gurauan. Melaui peguam juga mereka menegaskan bahawa mereka dijadikan kambing hitam oleh Korea Utara,” katanya.

Isnin lepas,  Hisyam berkata pihaknya akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji semula pertuduhan terhadap Doan selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan ke atas Siti Aisyah, 26, warga Indonesia mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Doan dan Siti Aisyah, 26, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) kira-kira 9 pagi pada 13 Feb 2017.

Bagaimanapun, Isnin lepas, Siti Aisyah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi sama atas pertuduhan membunuh selepas pihak pendakwaan memaklumkan untuk menarik balik pertuduhan ke atasnya.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintahkan Siti Aisyah dan Doan membela diri atas pertuduhan  membunuh Kim Chol.

Mereka didakwa mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...