Skip to main content

Pesara dapat bayaran khas RM500 esok


PUTRAJAYA -- Seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 secara ‘one-off’ atau sekali sahaja, mulai esok, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam kenyataan hari ini berkata bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 Nov 2018. 

"Keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan pembayaran secara one-off sebanyak RM500 diharapkan dapat memberi keselesaan dan memenuhi keperluan semasa para pesara Kerajaan yang terlibat," katanya.

Menurut JPA, senarai penerima terbabit dikenal pasti dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi memastikan bantuan secara one-off itu dibayar kepada penerima pencen yang layak.

Katanya semakan secara menyeluruh dibuat melalui pelbagai agensi antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Bendahari Negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPA berkata pesara yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran bantuan itu boleh menghubungi talian 03-8885 4648/ 4432/ 4667 pada hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...