Skip to main content

PRK Rantau: Pertarungan maruah UMNO dan PKR


SEREMBAN -- Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan bermula esok, dengan calon utama dijangka antara Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua PKR Rembau Dr S. Streram.

Proses penamaan calon bagi pillihan raya kecil (PRK) DUN tersebut akan berlangsung selama sejam dari pukul 9 pagi esok di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan di sini sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Nizam Tajul Arus mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), terbatal dan tidak sah.

Dalam PRU 14, Mohamad, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram, seorang pakar bius yang menjadi calon harapan Pakatan Harapan (PH), dilarang memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonannya kerana tertinggal pas yang dikeluarkan SPR.

Setakat ini, kedua-duanya Mohamad dan Dr Streram telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu sebagai calon BN dan PH, masing-masing. Hari mengundi ialah pada 13 April dan pengundian awal akan diadakan pada 9 April.

Kawasan DUN Rantau mempunyai 29,926 pengundi berdaftar, yang terdiri daripada  20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir.

Daripada sejumlah itu, 11,283 pengundi atau 55.11 peratus adalah Melayu, 3,849 atau 18.80 peratus  Cina, 5,336 atau 26.06 peratus India dan empat atau 0.02 peratus lain-lain bangsa.

Pengundi yang berusia antara 40 dan 59 tahun adalah seramai 8,538 orang atau 40.37 peratus, mereka yang berusia antara 21 dan 39, seramai 7,589 atau 36.26 peratus, dan yang berusia 60 dan lebih, seramai 4,799 atau 22.94 peratus.

Rantau adalah satu daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. PH kini memenangi 20 daripada kerusi tersebut manakala BN, 15. 

PRK Rantau adalah PRK ketujuh sejak PRU14. Sebelum ini PRK diadakan bagi kerusi negeri Sungai Kandis (4 Ogos tahun lepas); kerusi-kerusi negeri Balakong dan Seri Setia (8 Sept tahun lepas); kerusi Parlimen Port Dickson (13 Okt tahun lepas); kerusi Parlimen Cameron Highlands (26 Jan) dan kerusi negeri Semenyih (2 Mac).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini mengeluarkan peringatan yang lazim dikeluarkan sebelum pilihan raya, ditujukan kepada semua bakal calon dan parti-parti politik yang bertanding, mengenai perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa pilihan raya.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata mereka harus patuh kepada semua peraturan, undang-undang dan etika pilihan raya sepanjang sempoh berkempen, yang akan bermula selepas proses penamaan calon esok hingga pukul 11.59 malam 12 April.

Azhar Azizan berkata sebarang kegiatan berkempen seperti menganjurkan jamuan makan dan pemberian hadiah dalam bentuk wang tunai dan barangan untuk memancing undi adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau juga berkata sebarang tindakan atau kenyataan yang membawa maksud menghalang seseorang pengundi daripada menunaikan haknya untuk mengundi secara bebas, juga satu kesalahan.

Azhar Azizan menasihati mereka yang berkempen agar mematuhi etika untuk memelihara keharmonian masrakat.

“Mereka harus patuh kepada arahan-arahan pihak berkuasa, terutama SPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan pelanggaran mana-mana peraturan pilihan raya, dinasihati melaporkannya kepada pihak berkuasa,” kata beliau.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...