Skip to main content

Projek ECRL akan diteruskan tanpa dibebani hutang yang besar


KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan.

Beliau memberi bayangan proses rundingan itu akan mengambil sedikit masa lagi.

"Kerajaan telah melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Utusan Khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses rundingan semula ECRL dengan China supaya penyelesaian ‘win-win’ dapat diperoleh. Hasil rundingan ini akan dimaklumkan apabila dimuktamadkan sedikit masa lagi.

"Jika rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai dengan manfaat yang bakal dijana oleh rakyat dan menyelamatkan Malaysia daripada beban hutang yang tinggi," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai status terkini projek ECRL dan sama ada kerajaan akan meneruskan projek berkenaan.

Perdana menteri berkata kerja-kerja projek itu digantung pada 3 Julai tahun lepas kerana kerajaan terpaksa menilai dan meneliti semula projek berkenaan bagi memastikan Malaysia mendapat pulangan terbaik tanpa menjejaskan pembangunan negara.

Katanya walaupun projek itu dikatakan boleh menjadi pemangkin pembangunan di kawasan pantai timur termasuk menyumbang pertumbuhan 1.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negeri-negeri terlibat selain menyediakan infrastruktur pengangkutan berat untuk kargo yang boleh menarik pelabur,  projek dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpai melalui prosedur biasa.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati kerajaan terdahulu tidak memanggil tender terbuka sebaliknya menganugerahkan kontrak kepada satu syarikat atas alasan kononnya ia “G-to-G arrangement”  (persetujuan kerajaan dengan kerajaan)

"Kerajaan ini terikat dengan kedua-dua perjanjian kontrak EPCC (kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan) dan pinjaman daripada China yang menyebabkan negara berdepan hutang yang membebankan sekiranya dilaksanakan dan menghadapi implikasi kewangan yang besar sekiranya dibatalkan," katanya.

Kepada soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai jangkaan tuntutan ganti rugi sekiranya projek itu dibatalkan, Dr Mahathir berkata perkara tersebut sepatutnya ditanya oleh anggota pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum projek tersebut dilaksanakan.

"Saya kagum dengan kearifan pihak yang menyoal. Soalnya kenapa tidak disoal dahulu semasa perjanjian dibuat, kenapa tidak ditanya berapa kos konsultan, berapa kos tanah dan sebagainya dan saya yakin apabila disoal kepada pihak tertentu maka tentulah pihak tertentu itu akan batalkan projek ini, tetapi ini sudah terlambat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...