Skip to main content

Rugi RM300,000 akibat cinta jurutera dari London


SIBU -- Kerana cinta dan kasih seorang penjawat awam wanita di sini sanggup mengeluarkan sejumlah besar wang simpanannya untuk diberikan kepada seorang ‘jurutera’ di London.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang berusia 33 tahun meminjam pula wang daripada pelbagai sumber kononnya untuk perbelanjaan makan minum, rawatan ibu dan pembiayaan projek pembinaan jurutera itu.

Namun, wanita itu menyedari dirinya ditipu dengan janji manis oleh lelaki tersebut setelah mendapati gambar digunakan oleh suspek adalah palsu apabila membuat semakan menerusi aplikasi Google.

Percintaan jarak jauh itu telah menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM370,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Sarawak Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada 12 tengah hari tadi.

“Beliau telah berkenalan dengan lelaki tersebut secara dalam talian menggunakan aplikasi Tantan pada bulan Ogos 2018,” katanya. 

Menurut Mustafa, mangsa telah memasukkan wang terbabit ke akaun berbeza mulai Ogos 2018 sehingga Januari tahun ini.

Beliau yakin pihaknya akan dapat mengenalpasti suspek-suspek yang terlibat dan akan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah menyerahkan wang ringgit kepada orang yang tidak dikenali atas apa alasan sekalipun.

Mustafa berkata, “Dalam sesetengah kes melibatkan orang yang dikenali pun cukup susah untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan, apatah lagi yang langsung tidak diketahui asal usul sebenarnya.”

Menurut beliau media sosial adalah alat atau “umpan” paling mudah untuk menipu sesiapa yang tidak peka dan tidak mengambil tahu tentang jenayah penipuan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...