Skip to main content

Sebahagian besar rakyat Malaysia ada masalah hutang, kenapa?


KUALA LUMPUR -- Majoriti rakyat negara ini dibebani hutang kerana perbelanjaan tidak terkawal sehingga dibelenggu kesempitan hidup, demikian menurut kaji selidik oleh Universiti Malaya.

Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial universiti berkenaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Norma Mansor berkata, kaji selidik selama  setahun itu mendapati perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan membawa kepada masalah hutang.

“Kita ada data menunjukkan ramai rakyat negara ini yang berhutang. Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah cukup tinggi iaitu 80 peratus,” katanya.

Menurutnya, pihaknya dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerbitkan buku panduan ‘Belanjawanku 2019’ sebagai mendidik pengguna dalam membentuk disiplin menguruskan kewangan dan perbelanjaan khusus untuk penduduk Lembah Klang.

Beliau berkata buku panduan tersebut tidak sekadar mengambil kira latar belakang kewangan atau gaji bulanan individu, malah ia boleh dijadikan panduan kepada perbelanjaan bersesuaian mengikut enam kategori yang ditetapkan.

Kategori tersebut ialah bagi anggaran perberlanjaan golongan bujang iaitu RM1,870 bagi yang menggunakan pengangkutan awam, RM2,490 bagi bujang yang mempunyai kenderaan dan RM4,420 bagi pasangan suami isteri yang belum ada rezeki anak.

Katanya, bagi pasangan yang mempunyai seorang anak, perbelanjaan bulanan yang dicadangkan adalah RM5,730, manakala RM6,620 dicadangkan bagi mereka yang mempunyai dua anak, manakala cadangan perbelanjaan bagi warga emas pula, adalah RM3,090 sebulan.

Perbelanjaan ini merangkumi 10 perkara iaitu Makanan, Rumah, Kenderaan, Penjagaan Kesihatan, Penjagaan Diri, Utiliti, Perbelanjaan Tahunan, Perbelanjaan mengikut Budi Bicara, Penyertaan Sosial serta Penjagaan kanak-kanak, katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...