Skip to main content

Sekeluarga ditangkap mencuri di pasar raya


BATU GAJAH -- Empat sekeluarga ditahan kerana mencuri pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan kira-kira RM900 di sebuah pasar raya di Pusing di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata keluarga berkenaan terdiri daripada seorang wanita berumur 38 tahun dan dua anak lelakinya masing-masing berusia 17 dan 19 tahun serta ibu wanita tersebut berumur 60 tahun.

Katanya keempat-empat suspek berkenaan ditahan pukul 6.30 petang, hanya kira-kira setengah jam selepas melakukan jenayah tersebut. 

"Penyelia pasar raya yang membuat laporan polis memaklumkan, semasa sedang bertugas kira-kira pukul 6 petang, satu keluarga terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki masuk ke dalam kedai dan pergi ke ruangan keperluan dapur sebelum mengambil beberapa jenis barangan.

"Selepas itu semua mereka terus keluar tanpa membuat bayaran di kaunter dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga warna putih melalui Jalan Pusing Ke Jalan Lahat," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Adnan berkata penyelia tersebut kemudian membuat pemeriksaan di ruang keperluan dapur dan mendapati beberapa barangan hilang termasuk susu formula bayi sebelum membuat laporan polis.

Katanya, sepasukan anggota Balai Polis Pusing berjaya mengesan kereta Proton Saga putih yang dinaiki kesemua suspek di sebuah stesen minyak di Pusing dan menahan keempat-empat individu terlibat.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kereta tersebut menemukan pelbagai barangan yang dicuri antaranya 14 kotak susu formula bayi pelbagai jenama, lima tin penyembur racun serangga serta 17 helai pakaian.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...