Skip to main content

Selamat Datang ke Taiping bandar lestari ketiga terbaik dunia


TAIPING -- Selepas tersenarai sebagai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik 2018,  bandar warisan Taiping sekali lagi mengharumkan nama Perak khususnya Malaysia selepas dinobatkan bandar ketiga terbaik di dunia menerusi Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 yang berlangsung di ITB Berlin, Jerman, semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata beliau berasa gembira dengan kejayaan dicapai dan ia adalah kejayaan bersama seluruh komuniti termasuk agensi terbabit dalam memastikan kelestarian bandar itu.

Katanya, anugerah berprestij dan bertaraf dunia itu pertama kali diterima bandar berkenaan walaupun sebelum ini sudah menerima beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya ‘Best Destination Manager 2016’ yang dianugerahkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Bandar Raya Asia Pasifik dan anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017 dalam kategori Destinasi Pelancongan Warisan.

"Harapan saya adalah semua agensi yang melaksanakan undang-undang berkaitan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan perlu terus komited melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya bandar ini terus dilestarikan.

"Seluruh penduduk dan komuniti bandar ini perlu terus berusaha memastikan kawasan bandar ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar daripada kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis di ITB Berlin itu, Abd Rahim menerima anugerah berkenaan bagi mewakili MPT yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing serta Setiausaha MPT, Borhan Abdul Halim.

Pada anugerah kategori bandar terbaik itu, Ljubijana di Slovenia dinobatkan sebagai pemenang pertama manakala Vancouver di Kanada memenangi tempat kedua.

Comments

  1. judi online terbaik Terbesar & Terpercaya !
    Dapatkan Bonus Spesial 10% Di Setiap Hari Jumat
    Khusus Taruhan Games Sabung Ayam & Sportsbook
    Yuk Gabung Bersama Bolavita Di Website www.bolavita.ltd
    Untuk Info, Bisa Hubungi Customer Service Kami ( SIAP MELAYANI 24 JAM ) :
    WA: +628122222995

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...