Skip to main content

Suspek buang sisa kimia sudah disoal siasat polis


JOHOR BAHRU -- Seorang daripada tiga suspek yang dipercayai membuang sisa  kimia di Sungai Kim Kim, Khamis lepas, telahpun disoal siasat oleh pihak polis berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata proses siasatan terhadap tiga suspek itu sedang berjalan. 

“Setakat ini, tiada tangkapan tapi kita akan soal siasat (tiga suspek ini). Sekarang ni, terlalu premature (awal) untuk saya nyatakan (hasil siasatan),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Seri Alam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam .

Beliau juga telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam tadi  untuk menyelaraskan siasatan. 

“Kita dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), we are going to check (kita akan periksa). JAS akan membuat  pemeriksaan dan kita akan membantu dan kita berharap siasatan ini akan conclude (berakhir) seberapa kadar segera.

Setakat ini, pihaknya telah menerima 51 laporan polis berhubung pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan minggu lepas.

Sementara itu, Mohd Khalil telah menyelar tindakan “mereka yang berpenyakit” yang seolah-olah mendapat peluang menyebar berita palsu berikutan insiden pencemaran ini.

“Setakat ini, tiada laporan berkenaan berita palsu insiden pencemaran ini. Kalau ada mereka yang buat laporan, kita akan siasat,” kata beliau.

Mohd Khalil berkata, pihaknya beserta agensi keselamatan lain telahpun turun ke “ground zero” menyelia dan membantu memantau situasi sekitar kawasan yang terjejas.

Beliau turut berkata Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, DSP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani turut menjadi seorang daripada mangsa pencemaran semalam ketika bertugas dan dihantar ke hospital.

“Keadaannya kini kembali pulih dan dia sedang berehat,” kata beliau.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan tugas antara Supt Ismail Dollah sebagai Ketua Polis Daerah Seri Alam yang baru dengan bekas Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Norazam Shaari, yang akan bertugas sebagai Pegawai Turus di PT Koordinasi Sumber Sokongan di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...