Skip to main content

Suspek utama pencemasan sisa kimia ditahan


JOHOR BAHRU -- Polis hari ini menahan dua lagi suspek berhubung kes pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penahanan kedua-dua suspek berusia 27 dan 41 tahun itu di sekitar Pasir Gudang di sini adalah susulan tangkapan ke atas sembilan individu terdahulu yang diumumkan polis, semalam.

Mohd Khalil berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kilang yang bertanggungjawab ke atas pembuangan sisa kimia tersebut.

“(Dua suspek) ini bertanggungjawab membenarkan orang-orang ini (suspek-suspek terdahulu)  mengangkut (sisa) toksik berkenaan untuk proses pelaksanaan seterusnya.

Selain penahanan mereka, polis turut menemui sebuah kenderaan yang digunakan untuk membuang sisa itu yang turut dirampas,” kata beliau kepada pemberita di luar Menara Aqabah.

Beliau berkata kilang yang terlibat dalam insiden itu turut dikenal pasti terletak dalam Pasir Gudang.

Kedua-dua suspek itu kini direman selama bermula dari hari ini sehingga 25 Mac.

Dalam pada itu, Mohd Khalil berkata salah seorang daripada sembilan suspek yang ditahan terdahulu telah dilepaskan dengan jaminan polis setelah didapati tiada kaitan dengan insiden pencemaran di sungai berkenaan.

Lapan suspek lagi pula masih direman sehingga Sabtu ini. Kesemua mereka, juga berusia antara 27 hingga 41 tahun. 

Mohd Khalil berkata kertas siasatan kes akan dilengkapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan mahkamah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 278, 284 dan 326 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...