Skip to main content

Tak berlaku kerajaan campuran BN-PAS di Kelantan


IPOH -- Semua pihak termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang di negeri ini diminta menghentikan spekulasi kononnya kemungkinan berlaku kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan PAS di Perak, kata Menteri Besar Perak.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata semua pihak seharusnya tidak berterusan bercakap mengenai perkara itu, sebaliknya memberi perhatian kepada usaha untuk membangunkan negeri dan berkhidmat kepada rakyat.

"Tolong la berhenti (cerita) politicking, sekarang ini masa kita buat kerja, fokus kepada tanggungjawab hakiki kita sekarang. Cerita ini memang seronok dimainkan di media sosial tapi tidak bawa apa-apa keuntungan kepada usaha untuk bangunkan negeri dan beri perkhidmatan kepada rakyat,”

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai spekulasi kononnya ADUN PH akan melompat menyertai pembangkang, yang masih hangat diperkatakan.

Terdahulu, Ahmad Faizal menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai perkhidmatan bas ‘Hop On Hop Off" di Ipoh antara Tourism Perak yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zuraida Md Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Perak Transit Berhad Datuk Cheong Peak Sooi.

Ahmad Faizal berkata beliau mempunyai tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada semua rakyat termasuk mereka yang mengundi wakil rakyat dari pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

"ADUN daripada PAS, UMNO ada tanggungjawab mereka setelah dipilih (sebagai wakil rakyat) dan saya (adalah) sebagai Menteri Besar Perak bukan Menteri Besar kepada Pakatan Harapan semata-mata.

"Kepada mereka yang dahulu mengundi UMNO, undi PAS, saya ada tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada mereka, saya ada tanggungjawab untuk bekerjasama juga dengan ADUN dari UMNO dan PAS asalkan mereka nak memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mengulas mengenai video tular yang memaparkan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tambun, Jaafar Othman menghubungi pegawai Menteri Besar Perak sambil memaki hamunnya, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di Terminal Amanjaya yang dibangkitkan individu terbabit.

“Saya faham kemarahan beliau puncanya apa, sebelum dia marah kita telah mengambil tindakan tentang perkara itu dan kita cuba selesaikan tetapi  video itu telah ditularkan di media sosial,” katanya yang juga Ketua Bahagian Bersatu Tambun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...