Skip to main content

Tanam rumput ternakan beri hasil lumayan


KULIM -- Keputusan dua pemuda menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan ladang rumput makanan haiwan ternakan di sini, membuahkan hasil apabila mampu mengaut pendapatan lumayan setiap bulan. 

Shahemi Mohd Radzi, 31, dan Khairul Azhar Suleiman, 30, anak jati Kulim, yang sebelum ini terlibat dalam kerja pendawaian elektrik, mengusahakan secara bersama ladang rumput 'napier' di tanah berkeluasan tujuh hektar dekat Kampung Bikan di sini.

"Setiap hari kami akan menjual 30 hingga 50 beg rumput yang dipotong menggunakan mesin khas pada harga RM10 bagi setiap 25 kilogram dan setiap bulan pulangan antara RM9,000 hingga RM10,000.

"Harga rumput ini sangat murah hanya 25 sen bagi setiap kilogram berbanding dedak yang berharga RM45 bagi 50 kilogram yang semakin membebankan penternak yang tiada ladang ragut dan sumber makanan lain," katanya.

Shahemi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia itu berkata permintaan terhadap rumput tersebut juga semakin meningkat sehingga pihaknya tidak mampu menyediakan bekalan yang mencukupi setiap hari untuk pelanggan dari sekitar kawasan Utara.

"Saya tidak menyangka yang pada mulanya merasa bimbang tiada permintaan kerana tidak kenal dengan penternak dan hanya bergantung kepada media sosial untuk iklankan produk. Sekarang tidak menang tangan pula. Malah bekalan juga tidak cukup untuk penternak komersial skala besar di kawasan Utara ini," katanya.

Beliau berkata bagi memastikan rumput yang dijual itu sama ada secara dipotong atau silaj memenuhi keperluan nutrisi haiwan ternakan, ujian makmal juga dilakukan setiap dua kali tuaian rumput iaitu dalam tempoh 80 hari.

"Kami sangat menitikberatkan soal kualiti produk, semua rumput yang kami jual mempunyai nutrisi yang diperlukan haiwan ternakan, ini disahkan melalui ujian makmal," katanya.

Shahemi berkata tanaman makanan ternakan itu hanya memerlukan penjagaan minimum dengan kos yang kecil, sekali gus sesuai bagi golongan muda untuk mencubanya.

"Benih kami dapatkan dari Thailand dengan harga yang murah, kami juga ada menjualnya, kemudian pastikan baja dan air mencukupi sahaja. Sekali sekala perlu sembur racun rumpai untuk pastikan rumput ini naik elok, sangat mudah," katanya.

Beliau juga tidak lokek untuk memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada anak muda terutamanya yang berminat dalam perusahaan yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan itu.

"Kami juga ingin membuka lebih besar ladang rumput ini supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat suatu hari nanti selain membantu kerajaan memastikan bekalan makanan ternakan sentiasa mencukupi tanpa perlu bergantung kepada negara luar," kata Shahemi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...