Skip to main content

Tindakan disiplin ke atas pemimpin MPKK yang tolak Dr Streram


KUALA KLAWANG -- Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang membuat bantahan sebulat suara menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Dr. S. Streram sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PKR) DUN Rantau kemungkinan dikenakan tindakan.

Katanya, beliau akan berunding dengan semua pihak sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.

"Bagi saya, apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang serius dan kalau perlu tindakan disiplin, saya akan mengambil tindakan disiplin itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seramai 11 pengerusi dan setiausaha MPKK DUN Rantau semalam yang sebulat suara menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Dr. S. Streram sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PKR) DUN Rantau.

Mereka mendakwa Pakatan Harapan (PH) yang memilih untuk kalah lebih awal jika pakar buis itu yang bukan anak jati DUN berkenaan tetap dipilih.

Mengulas lanjut, beliau berkata seseorang yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri tidak sewenang-wenangnya boleh membuat pengumuman ataupun mengadakan sidang media yang kontroversi.

Katanya jika mereka ingin meluahkan rasa tidak puas hati atau bantahan, mereka sepatutnya melalui saluran yang betul.

"Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mengikut saluran yang tepat. Seseorang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan membuat keputusan tanpa berunding dengan Kerajaan Negeri adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka sebenarnya ada saluran yang boleh disalurkan dan apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang tidak mengikut peraturan," katanya.

Mengenai persiapan Pakatan Harapan (PH) menghadapi PRK DUN Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi, beliau yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata persiapan PH menghadapi PRK DUN Rantau memang sentiasa berjalan baik sejak dari dahulu lagi.

"Sebagai 'underdog' kita akan pastikan bahawa jentera kita berjalan dengan baik. Kita juga telah mengadakan beberapa siri mesyuarat di peringkat pusat dan negeri berhubung persiapan jentera pilihan raya kecil itu. Kita akan sentiasa memastikan perkara ini berjalan lancar.

"Kita sedang menunggu pengumumam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh pencalonan dan mengundi," katanya.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Feb lepas menolak rayuan yang dikemukakan oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangannya di DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai terbatal dan tidak sah.

Pada 28 April tahun lepas,  PKR menerusi calonnya Dr Streram tidak dibenarkan bertanding ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan SPR untuk memasuki pusat penamaan calon menyebabkan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO diumumkan menang tanpa bertanding di kerusi itu.

Dr Streram kemudian memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal, pada 23 Mei tahun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...