Skip to main content

40 tahun berdepan masalah babi


TASEK GELUGOR -- "Empat puluh tahun kami dok hadap benda ni". Itu rintihan penduduk Kampung Air Melintas Kecil, di sini yang terjejas akibat pembuangan sisa kumbahan khinzir ke saliran sungai dari ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat berdekatan kampung itu. 

Wakil penduduk, Yusof Othman, 65, berkata isu tersebut bukan sahaja membelenggu penduduk di kampungnya malah kampung lain turut terjejas. 

"Boleh dikatakan punca sisa najis khinzir ini bermula dari Kampung Selamat iaitu tempat ladang ternakan khinzir menuju ke Sungai Kreh di kampung ini sehinggalah ke Kampung Air Hitam (Sungai Dua, Butterworth) kira-kira 12 kilometer dari kampung kami," katanya kepada pemberita di lokasi pembuangan najis khinzir itu, di sini hari ini.

Yusof bersama kira-kira 20 penduduk kampung itu berkumpul di situ dan membawa sepanduk menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit.

Beliau berkata akibat daripada pembuangan sisa kumbahan khinzir yang dilepaskan di Sungai Kreh itu menyebabkan saliran parit di kampung mereka tercemar sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan terutamanya pada waktu malam dan selepas hujan.

"Lebih menyedihkan, sekitar tahun 2003 dan 2011 ketika kampung kami banjir, air naik menyebabkan kami terpaksa samak seluruh rumah untuk mencuci sisa najis khinzir yang tersisa," katanya yang sudah mendiami kampung tersebut lebih 40 tahun.

Yusof berkata selain itu, penduduk kampung turut mengalami simptom gatal-gatal badan dan sesak nafas akibat terhidu bau busuk yang disifatkannya seperti 'terkepung' di dalam kawasan yang busuk.

Seorang lagi penduduk kampung itu, yang juga Ketua Unit Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, Ahmad Sulaiman, 69, berkata, masalah tersebut turut menjejaskan hasil tanaman padi yang diusahakannya.

"Untuk semusim, pesawah dikehendaki mencapai sasaran (di bawah rancangan Pertubuhan Peladang) kira-kira 10 tan untuk bendang seluas satu hektar, namun sejak masalah ini berlarutan hasil tanaman padi telah menjunam sehingga 5 tan kerana padi rosak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya kini memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada pengusaha ladang khinzir berkenaan untuk menghentikan pembuangan sisa kumbahan di situ.

"Kita nak kuatkuasakan tindakan tersebut melalui Enakmen Penternakan Babi 2016 dan fokus kita adalah supaya pengusaha tersebut menghentikan aktiviti pencemaran sehingga hujung tahun ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...