Skip to main content

495 pusat tahfiz berisiko terbakar


KUALA LUMPU -- Sejumlah 495 pusat tahfiz berdaftar yang berhadapan risiko bahaya kebakaran, akan ditambah baik menerusi bantuan dana RM50 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2019, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata proses penambahbaikan pusat tahfiz itu akan bermula pada Julai atau Ogos ini selepas melakukan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Peruntukan itu adalah untuk menyelesaikan isu keselamatan, infrastruktur, kebersihan dan perbaiki sistem-sistem yang berisiko. Maka pada akhir tahun ini kita boleh lihat hasil keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Maqasid Syariah peringkat Wilayah Persekutuan, di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata bahawa 495 daripada 1,267 keseluruhan pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara dikategorikan berhadapan risiko bahaya kebakaran.

Antara aspek yang tidak dipatuhi adalah jumlah pelajar yang sesak di asrama, atau susun atur perabot menghalang laluan keluar yang menyukarkan operasi menyelamat jika berlaku kebakaran. 

Zuraida berkata pusat tahfiz itu diberikan tempoh selama tiga bulan untuk melakukan penambahbaikan sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemeriksaan kali kedua.

Namun Mujahid berkata tempoh itu boleh dilanjutkan sekiranya pusat tahfiz itu berusaha memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam mengurangkan risiko bahaya kebakaran.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...