Skip to main content

682 kanak-kanak di Sarawak tidak berwarganegara


KUCHING -- Sarawak mencatat seramai 682 kanak-kanak tidak berwarganegara dari 2016 hingga Mac tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata angka itu adalah berdasarkan permohonan yang diterima oleh Jawatankuasa Khas Negeri Mengenai Status Kewarganegaraan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

“Penubuhan jawatankuasa khas itu telah banyak mempercepatkan tempoh proses pemberian status warganegara kepada kanak-kanak berusia bawah 21 tahun daripada tiga tahun kepada 16-20 bulan,” kata beliau semasa menjawab pertanyaan lisan Datuk Ding Kuong Hiing (GPS-Meradong).

Fatimah berkata dua daripada kanak-kanak tidak berwarganegara itu adalah dari daerah Meradong.

Sementara itu, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, sehingga Mac tahun ini, terdapat kekurangan 61 orang guru sekolah rendah dan 60 guru sekolah menengah dalam Bahagian Bintulu.

Menjawab pertanyaan Chiew Chiu Sing (PH-Tanjong Batu), beliau berkata antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh Jabatan Pendidikan Sarawak ialah mendapatkan kelulusan Kementerian Pendidikan untuk melantik guru-guru sementara.

Dr Annuar berkata jabatan juga telah melaksanakan penempatan semula atau pertukaran guru-guru sedia ada di samping penempatan guru-guru baharu bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.  

Kepada soalan lain daripada Majang Renggi (GPS-Samalaju), beliau berkata terdapat sejumlah 823 buah sekolah rendah dengan kadar kemasukan rendah di Sarawak sehingga Mac tahun ini.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan negeri menekankan pentingnya menggabungkan sekolah-sekolah seumpama itu yang mempunyai kadar kemasukan kurang daripada 150 pelajar, dengan persetujuan ibu bapa dan guru-guru terlibat menerusi persatuan ibu bapa-guru.

Kerajaan negeri akan melihat kepada kesesuaian tapak, kewujudan kemudahan asas serta jalan masuk ke sekolah utama yang bebas daripada kejadian tanah runtuh dan bencana alam sebagai antara kriteria yang ditetapkan, tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...