Skip to main content

Adib mungkin ditarik keluar dari van EMRS


SHAH ALAM -- Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada tahun lalu.

Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, 62, berkata mangsa juga mungkin dihentak ke pintu van berkenaan sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih dari tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk.

Saksi ke-29 itu berkata, ia berdasarkan video lakonan semula kejadian dan kesan corak kecederaan pada mangsa.

"Mangsa mati akibat kecederaan parah paru-paru kiri dan kanan akibat hentakan-hentakan trauma tumpul. Hentakan-hentakan trauma tumpul bukan akibat perbuatan diri sendiri tetapi akibat perbuatan dua atau lebih orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada prosiding hari ke-23 inkues kematian anggota bomba itu.

Terdahulu, Dr Shahrom berkata, mangsa mungkin diseret keluar dari van dinaikinya berdasarkan luka sagat melintang pada bahagian belakang badan selain butang satu, dua dan empat yang didapati tercabut daripada baju celoreng anggota bomba itu.

"Kecederaan juga menunjukkan tidak mungkin mangsa keluar sendiri dari van berkenaan," kata saksi itu yang pernah memberi keterangan pada inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed yang terjatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia Kuala Lumpur pada 2011.

Saksi itu berkata, beliau juga berpendapat bahawa daun pintu EMRS diterajang dengan kuat sehingga menyebabkan luka sagat dan patah tulang tulang rusuk di dada kanan pada atas dan lebam paru-paru kanan. 

"Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebakan dua lebam pada bahagian hadapan atas lengan kanan mangsa," katanya sambil menambah tidak mungkin mangsa terhimpit antara jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van EMRS kerana ia akan menyebabkan kesan kecederaan yang berlainan.

"Jika terhempit, berkemungkinan besar mangsa akan mati di situ juga...saya membuat rumusan berhubung apa yang berlaku pada Muhammad Adib berdasarkan dokumen, material dan video diperoleh daripada peguam Syazlin,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan  menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...