Skip to main content

Agong bakal dapat kuasa lebih banyak dalam pindaan Akta MKN


KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Yang di-Pertuan Agong bakal mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai ‘kawasan keselamatan’.

Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri.

Pindaan Akta MKN 2016 itu dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan menurut Mohamed Hanipa, pindaan itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada mesyuarat kali ini.

Menurut rang undang-undang yang diedar kepada media hari ini, peruntukan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong itu terkandung dalam Fasal 3 bertujuan meminda Seksyen 18 Akta MKN (Akta 776) itu.

“Seksyen 18 (1) dipinda bagi menggantikan perkataan ‘Perdana Menteri’ di mana-mana jua terdapat dengan perkataan ‘Yang di-Pertuan Agong’,” kata rang undang-undang itu.

Pada 1 Julai lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berkata Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 adalah antara undang-undang yang dikaji oleh kerajaan untuk dipinda atau dimansuhkan memandangkan ada antaranya yang digunakan kerajaan terdahulu untuk menyekat kebebasan rakyat. 

 Akta Majlis Keselamatan Negara, yang diluluskan Dewan Rakyat selepas bacaan ketiga pada Disember 2015 dan berkuat kuasa 1 Ogos 2016, antara lain membolehkan Perdana Menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai ‘kawasan keselamatan’ dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Pindaan rang undang-undang itu juga antara lain menyentuh mengenai Seksyen 21 yang memperuntukkan kuasa Pengarah Operasi untuk meminta apa-apa maklumat daripada mana-mana individu atau entiti selain kerajaan, apa-apa maklumat atau risikan dalam milikannya.

“Kuasa Pengarah Operasi itu hendaklah dijalankan demi kepentingan keselamatan negara dan berhubung dengan sesuatu kawasan keselamatan,” kata rang undang-udang itu.

Menurut rang undang-undang itu, jika mana-mana individu atau entiti selain entiti kerajaan ingkar dengan arahan tersebut, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta 776 yang turut dipinda.

Pindaan itu melibatkan kenaikan tempoh pemenjaraan dari dua tahun kepada lima tahun selain denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...