Skip to main content

Beri bukti, kata Tun M mengenai kehilangan paderi dan aktivis


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengemukakan bukti dakwaan Cawangan Khas Bukit Aman terlibat dalam kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.

Perdana Menteri berkata kesimpulan inkuiri Suhakam bawah Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan dua individu berkenan adalah cuma dengar cakap sahaja.

Justeru, katanya, Suhakam perlu mengemukakan bukti untuk membuktikan dakwaannya.

"Saya fikir mereka perlu menunjukkan beberapa bukti. Ini hanya sekadar dengar cakap, Saya tidak tahu sama ada mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan ini berlaku,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini.

Suhakam hari ini membuat kesimpulan bahawa kes melibatkan Koh dan Amri  adalah berupa kehilangan paksa yang mungkin melibatkan penglibatan ejen-ejen kerajaan seperti polis Cawangan Khas.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Mah Weng Kwai berkata dapatannya adalah berdasarkan inkuiri suruhanjaya itu terhadap kehilangan mereka.

Dr Mahathir juga menarik perhatian bahawa perkara itu berlaku ketika kerajaan terdahulu memegang teraju pemerintahan.

Koh, 64, diculik  ketika memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Kelana Jaya, dekat sini, pada 13 Feb 2017 sementara Amri, 44 pengasas bersama Persatuan Kebajikan Harapan Perlis, hilang sejak 24 Nov 2016.

"Ini berlaku semasa  kerajaan terdahulu dan banyak perkara dilakukan semasa kerajaan terdahulu disembunyikan daripada kita, disorok daripada orang ramai," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai cadangan Suhakam bagi penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat semula kes itu,  perdana menteri menekankan bahawa suruhanjaya itu perlu menunjukkan bukti yang jelas.

"Jika mereka mempunyai bukti jelas, maka kita akan membentuk pasukan petugas khas untuk menyiasat," kata Dr Mahathir.

Semasa ditanya mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, yang menjadi Pengarah Cawangan Khas pada 2017, Dr Mahathir berkata: "Beliau (Mohamad Fuzi) ialah pegawai (pengarah) Cawangan Khas ketika itu tetapi beliau akan bersara tidak lama lagi.

“Kita akan membiarkan beliau bersara dahulu dan kemudian kita akan mempunyai ketua polis negara yang baharu yang akan menjalankan siasatan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...